MENGENAI JUARA LAGU 31

Anugerah muzik berprestij, Anugerah Juara Lagu bakal kembali buat kali ke 31 pada hari Ahad, 22 Januari 2017. Dihoskan oleh Awal Ashaari, Fizi Hot FM, Fara Fauzana, dan Sarimah Ibrahim, Anugerah Juara Lagu ke-31 kali ini mengangkat martabat penulis lirik melalui tema "Cerita Dalam Lagu".

Setiap tahun, AJL akan menobatkan pemenang dalam kategori; Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik, Tempat Ketiga, Tempat Kedua, dan Juara Lagu. Pemenang setiap kategori akan memenangi trofi AJL dan hadiah wang tunai.

Anugerah Juara Lagu 31 ini tidak akan berjaya tanpa sokongan padu daripada rakan-rakan media AJL 31. Mereka adalah Geng Radio Hot FM dan Kool FM, serta media rasmi Harian Metro, Berita Harian, dan ZIP. Tidak ketinggalan juga geng digital portal video nombor satu Malaysia, tonton.